Monday, September 15, 2014

Tugasan Makmal Pertama

Selamat Datang Ke Laman Blog Saya

Proses Pendaftaran Akaun Bank CIMB dan Akaun CIMB CLICKC
Tajuk : Proses Pendaftaran Akaun Bank CIMB dan Akaun CIMB CLICKS
Tarikh : 09.09.2014

Matrik : AA131295
Seksyen : 4
Pengajar : Profesor Madya Miswan Bin Surip

Ø  Di sini, saya ingin menerangkan langkah-langkah membuka akaun bank CIMB sebelum membuat internet banking atau dikenali sebagai CIMB Clicks


Langkah 1 :

Prosedur Membuka Akaun Bank

Bahagian 1 - Kaunter Pertanyaan
1. Anda menyatakan berkenaan pembukaan akaun di kaunter pertanyaan .
2. Anda diminta memberikan kad pengenalan dan membuat pengesahan cap jari.
3. Selepas urusan pengesahan kad pengenalan selesai, Anda diberi sehelai borang bagi mengisi nama dan nombor MyKad serta anda diberi nombor giliran untuk menunggu giliran sebelum berurusan dengan kaunter perkhidmatan yang seterusnya.





Rajah 1 - Borang untuk ditandatangan dan nombor giliran 

Bahagian 2 - Kaunter Perkhidmatan
1. Setelah nombor giliran dipanggil, pergi ke kaunter perkhidmatan untuk melakukan langkah seterusnya.
2. Di kaunter perkhidmatan, staf bank akan meminta anda untuk menandatangani beberapa borang. Kemudian, meminta anda mengisi nombor telefon Anda dan waris anda serta email anda untuk staf mengisi maklumat peribadi anda di dalam web site peribadi.
3.Tunggu sebentar untuk menerima nombor akaun oleh pihak atasan.


4. Setelah diberi nombor akaun, staf meminta anda untuk mendepositkan RM250 di mesin deposit tunai untuk memenuhi syarat membuka akaun dan simpan duit di dalam bank tersebut.





Rajah 2 - menunjukkan mendepositkan wang tunai RM 250 ke dalam mesin deposit tunai



5. Setelah selesai melakukan deposit tunai, anda diminta menunggu sebentar semasa proses menyiapkan kad ATM Anda oleh pihak bank.


Bahagian 3 -  Meja Penerimaan Kad ATM
1. Anda akan menuju ke kaunter perkhidmatan apabila nama anda dipanggil untuk menerima kad ATM.
2. Di meja tersebut, anda akan menandatangani  di sebelah nama anda dan kawasan sebelah belakang kad ATM tersebut .
3. Anda akan menerima nombor kata keselamatan kad ATM masing-masing.
4. Anda digalakkan menukar nombor kata keselamatan yang diberi kepada kata keselamatan peribadi sendiri sebagai menjaga keselamatan kepada wang simpanan di dalam bank tersebut.


Langkah 2 :

Prosedur Membuat Perbankan Internet


Bahagian 1 – CIMB Clicks melalui mesin ATM
1. Anda akan memerlukan e-pin sebelum dapat mendaftar untuk perbankan internet . Oleh itu, anda perlu ke mesin ATM untuk membuat CIMB clicks :
2. Di mesin ATM, anda perlu mengaktifkan CIMB Clicks pada mesin ATM :

Ø  Anda perlu memasuki Akaun ATM > pilih lain-lain>CIMB Clicks






Rajah 3 - gambaran membuat cimb Clicks

3. Anda diminta mendaftar nombor telefon tempatan anda untuk menerima TAC atau alamat sesawang dan memuat turun Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks .


4.  Selesai membuat CIMB Clicks, anda perlu menuju ke satu ruangan komputer yang disediakan khas untuk mendaftar Akaun Perbankan Internet.

Bahagian 2 - Membuat Akaun Perbankan Internet
1. Anda perlu pergi ke laman sesawang CIMB Clicks iaitu :
" http://www.cimbclicks.com.my/ "


Rajah 4 - gambaran mendaftar CIMB Clicks


2. Anda perlu ke Daftar Perbankan Internet CIMB Clicks untuk membuat akaun Perbankan Internet iaitu : 
- Mengklik online registration online di laman utama CIMB Clicks


3. Di ruangan Authenticate Your Account, Anda perlu memasukkan ATM/ Debit/ Credit Card Number, ATM PIN, Type the word dan klik ruangan dibawah dan klik agree & continue untuk meneruskan arahan seterusnya.



4. Di ruangan Create User ID & Password, Anda perlu membuat ID, kata laluan, nama waris, email dan 'secure word' Anda , dan klik continue untuk ke halaman seterusnya .


5. Setelah membaca dan menerima Terma & Syarat perbankan internet, Anda perlu mengisi ID di ruangan User ID dan klik pada butang 'submit' serta masukkan password apabila secureWord dipaparkan klik submit untuk menghantar maklumat Anda.



6. Seterusnya isi maklumat soalan di ruangan Update Account Information dan klik submit.

7. Kemudian, klik Logout untuk keluar dari akaun anda.

Sekian, tamat prosedur dan langkah-langkah membuka akaun perbankan internet di bank CIMB

v  Anda boleh memperbaharui maklumat anda di laman sesewang CIMB Clicks secara online. 
v  Terdapat pelbagai servis boleh digunakan atau disediakan oleh CIMB yang boleh digunakan oleh CIMB Clicks seperti pembayaran bil, pemindahan wang simpanan dan lain-lain. 
v  Kemudahan ini sangat sesuai dengan peredaran zaman yang semakin sibuk mengejar kejayaan sehingga tiada masa pengurusan seperti berurusan di bank serta terlalu baik untuk masa akan datang.


No comments:

Post a Comment